Sunday 17 March 2013

About Iljimae



Salam semua..
Ini first time saya buat blog..kalaulah bukan disebabkan assigment, mesti saya tak berkesempatan buat blog ni kan. Tapi peluang ni saya perlu grab juga, sebab melalui blog inilah saya dapat mempertingkatkan penulisan saya.. So, terima kasih pada Sir Zainol...



For first time saya nak memperkenalkan cerita yang saya PALING suka..
My  favourite drama is "Iljimae". Ni drama korea. Dah 5 kali saya tengok cerita ni.langsung tak jemu.


Sinopsis "Iljimae"



Drama korea iljimae  menceritakan tentang pahlawan yang berpakaian hitam dan bertopeng yang membela rakyat diatas tindakan zalim raja serta krooni-kroninya yang berkuasa.
Pada zaman tersebut, raja dan pegawai kerajaan bukan sahaja mengambil harta rakyat serta bersikap zalim,malahan mereka akan menjadikan sebahagian rakyat jelata yang diingininya sebagai banduan tanpa penghakiman.

Pengertian nama Iljimae:
IL- bermaksud “satu”.
JI- Bermaksud “tangkai”.
MAE- bermaksud “ bunga plum”.

Iljimae kerap melakukan aksi rompakan di istana lalu membahagikan hasil rompakan tersebut kepada penduduk miskin terutamanya terhadap orang yang ditindas raja  serta pengikutnya. Disetiap tempat yang Iljimae melakukan aksi rompakan, dia akan meninggalkan satu lukisan yang berbentuk setangkai bunga plum merah yang dipanggil “mae-hwa”.
Walaupun Iljimae merupakan seorang perompak, tetapi dia mendapat sokongan rakyat kerana tindakannya untuk kebaikan mereka. Sebaliknya bagi raja dan bangsawan, mereka cuba untuk menangkap Iljimae dan ingin mengetahui identitinya.

Iljimae juga dikenali sebagai Lee Geom yang dilakonkan oleh Lee Jun KI. Lee Geom merupakan seorang anak bangsawan yang baik hati iaitu Lee Won Ho. Lee Won Ho juga merupakan salah seorang pengikut raja yang setia dan paling dipercayai oleh raja. Selain itu, dia juga merupakan saudara raja.  Lee Won Ho juga merupakan salah seorang dari ahli  “Cheonwoohoe” yang merupakan satu organisasi rahsia kerajaan. Kumpulan tersebut terdiri daripada pegawai tertinggi dan diketuai oleh rajanya sendiri.
Sebelum Lee Won Ho dibunuh, dia hidup gembira dan bersama dengan isteri serta anak lelaki dan anak perempuannya. Mereka hidup dengan aman di sebuah rumah tersergam indah yang dikelilingi oleh pokok bunga plum.

Kemudian raja tidak senang dengan kehebatan Lee Won Ho yang disayangi rakyat. Raja berkenaan berpendapat “two suns cannot exist on the same sky” yang bermakna, dua orang raja tidak boleh wujud di sebuah kerajaan yang sama. Kemudian raja pun membunuh lee Won Ho yang merupakan ayah kepada Lee Geom (Iljimae).

Geom disorok ayahnya didalam peti besi

Lee Geom menyaksikan sendiri bagaimana ayahnya dibunuh apabila dia disorok oleh ayahnya didalam sebuah peti simpanan yang berkunci. Kemudiannya dia diselamatkan Swe Dol yang juga merupakan  bekas pencuri. Kemudiannya dia mengambil Geom sebagai anak angkat dan menamakannya Ryung.

Kemudiannya Geom mengalami amnesia yang teruk sehingga kehilangan sebahagian daripada ingatannya. Hal ini mula terjadi apabila Geom menerima tamparan yang hebat apabila dia terpaksa membaling batu kearah ibunya sendiri bagi membuktikan bahawa dia bukan anak kepada isteri Lee Won Ho. Hal ini juga merupakan hasrat ibunya sendiri kerana ingin menyelamatkan Geom daripada dihukum gantung.

Selepas 13 tahun, Geom yang dikenali sebagai Ryung mula mendapatkan ingatannya kembali. Setelah itu, dia mula mencari kakaknya, Yeon. Walaubagaimanapun dia telah terlambat apabila proses menyelamatkan kakaknya gagal, seterusnya terpaksa melihat sendiri bagaimana kakaknya dihukum gantung. 
Terkejut apabila melihat sendiri kakaknya dihukum gantung

Setelah kejadian terbabit, Geom mula berazam untuk membalas dendam akan kematian bapa dan kakaknya. Satu-satunya klu untuk mencari pembunuh mereka adalah pedang pembunuh yang dia ingat pada 13 tahun lalu.
Semasa cuba menceroboh masuk istana


Untuk mencari pemilik pedang berkenaan, dia terpaksa menjadi “Iljimae” ataupun dikenali sebagai perompak bertopeng dan kemudiannya mula memecah masuk ke rumah bangsawan.

Pada mulanya, dia hanya ingin berjuang diatas kepentingannya sendiri, tetapi setelah dia melihat keadaan rakyat yang semakin lama semakin ditindas, dia mula berjuang demi diri dan rakyat. Hal ini membuatkan dia mula disayangi penduduk kampong yang ditindas sehingga mereka menganggap Iljimae sebagai raja.


My personal opinion about "Iljimae"




Bagi saya, ni drama korea yang terbaik saya pernah tengok. Pelakon-pelakon dalam cerita ini pun dapat membawa watak dengan baik. Tambahan lagi, cerita ini sesuai dengan semua golongan. Cerita ini juga mempamerkan pelbagai emosi seperti sedih, gembira, ketawa dan lain-lain lagi. Part yang paling saya suka dalam cerita ini ialah dalam adegan penyiasatan.  Lagi-lagi part apabila Iljimae memakai baju serba hitam serta bertopeng kemudiannya dia cuba menyelinap masuk ke dalam istana dan rumah bangsawan. 

Selain itu, cerita ini sangat menyentuh perasaan bagi siapa yang menontonnya. Saya yang dah tengok 5 kali pun boleh menangis.. Sebagai contoh, apabila Swe Dol(ayah angkat Iljimae) sanggup menjadi “kambing hitam” dengan menyamar sebagai Iljimae palsu dan membuatkan dirinya ditangkap pegawai istana lalu dibunuh.

Walaubagaimanapun, setiap cerita  pasti ada cacat celanya. Bagi saya, satu-satunya kekurangan cerita ini adalah penghujung bagi cerita ini tak jelas. Saya rasa bukan saya sahaja yang tak rasa puas hati dengan penghujungnya. Kebanyakan peminat-peminat cerita ini pun berpendapat demikian. Ending dia macam nak bagitahu dekat peminat yang cerita ini masih belum tamat. Tapi saya dah tunggu 5 tahun sejak cerita ini dimainkan, tapi tak ada pun sambungannya. Yang ada cuma cerita “ The Return Of Iljimae”. Tapi cerita ini bukanlah sambungan bagi cerita Iljimae.




Di sini saya lampirkan sebuah video yang saya buat. Sebenarnya dah lama saya buat video ni. Tak sangka saya boleh gunakannya di sini. Tapi video ni sedih sikit lah.
Hope you enjoy..