Thursday 30 May 2013

49 Days


Salam semua..
49 Days

Pada kali ni amy nak ceritakan pada kawan2 tentang sebuah lagi drama korea iaitu 49 days.Ianya mula disiarkan pada 19 May 2011 dan mengandungi 20 episode.
Sebelum amy cerita lebih mendalam,amy nak show trailer dulu...Credit to the owner 49DaysKdrama  ...Hope you enjoy.. 



 Cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis yang naïf serta ceria iaitu Shin Ji Hyun yang juga memiliki sebuah kehidupan yang sempurna iaitu, anak tunggal daripada keluarga yang berada, memilki ibu bapa yang penyayang serta memiliki kawan yang ramai.

Shin Ji Hyun juga bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang kacak serta bekerjaya iaitu Kang Min Ho dalam beberapa minggu sahaja lagi.
Scene Ji Hyun dilamar Kang Min Ho


Sementara itu, Song Yi Kyung merupakan seorang gadis yang miskin dan tiada semangat untuk meneruskan kehidupan berikutandengan kematian teman lelakinya yang tragis.

Song Yi Kyung bekerja sebagai seorang pekerja sambilan di sebuah kedai serbaguna dan mempunyai kebiasaan untuk tidur pada sebelah petang. Dia sering ciba untuk membunuh diri namun gagal.

Pada satu hari, Yi Kyung cuba untuk membunuh diri dengan berjalan kearah lalu lintas. Walaubagaimanapun, Hang Kang(kawan Ji Hun) yang kebetulan lalu di situ sempat menyelamatkannya.

Scene Hang kang menyelamatkan Yi Kyung


Walaubagaimanapun, kenderaan yang hamper melanggar Yi Kyung berada diluar kawalan lalu menyebabkan kenderaan lain yang berada di laluan yang sama tidak tentu arah sehingga menyebabkan Ji Hyun yang sedang memandu ketika itu, tidak sempat menekan brek dan berlanggar dengan trak. 
Scene Ji Hyun tidak sedarkan diri setelah dilanggar


Setelah beberapa lama kemudian,Ji Hyun mula sedarkan dirinya. Tetapi, dia sangat terkejut apabila mendapati bahawa dia tidak boleh menyentuh orang lain. Kemudian, dia melihat badannya(jasadnya) diangkat masuk ke dalam ambulans.
Scene Ji Hyun terkejut apabila tak boleh menyentuh orang lain


Seorang lelaki bermotorsikal yang dikenali sebagai “scheduler” yang mampu melihat roh JiHyun menerangkan hal yang sebenar kepada Ji Hyun bahawa JiJyun kini didalam bentuk roh. Tatapi Ji Hyun masih belum mati tetapi berada didalamkeadaan koma..Dia diberikan peluang ke-2 untuk terus hidup dengan satu syarat iaitu dalam masa 49 hari Ji Hyun perlu mencari tiga orang yang tidak mempunyai hubungan dara dengannya dengan mengalirkan air mata suci(betul2 ihkhlas menangis deminya).




Demi untuk hidup kembali, Shin Ji Hyun terpaksa merasuk badan Yi Kyung dan bermulalah kisah kehidupannya yang telah banyak membuka mata Ji Hyun tentang hakikat dunia yang sebenar.

Scene Ji Hyun merasuk badan Ji Hyun


Pendapat Amy!!!

Bagi amy cerita ni lain daripada yang lain..Walaupun cerita ni masih belum menandingi drama Iljimae, tetapi still banyakmoral value nya.Drama ni boleh mengajar kita agar jangan begitu mudah untuk mempercayai orang lain..Sebagai contoh, Ji Hyun begitu percaya kepada tunangnya(Kang Min Ho) dan kawan baiknya. Tetapi hakikatnya, mereka ada muslihat dengan mendekati untuk mengaut semua harta JiHyun..Malahan mereka juga ada hubungan sulit dibelakang Ji Hyun.

Selain itu,cerita ni tidak meninggalkan tanda tanya pada amy..bahkan,cerita ni juga mengajar agar kita perlu bersikapmatang dan jangan terlalu bergantung pada orang lain.

Pelbagai pengalaman yang dialami oleh Ji Hyun sehingga membuatkan dia sedar siapa kawannya yang sebenar dan siapa yang hanya mempergunakannya hanya disebabkan dia seorang yang kaya.

Cerita ni juga mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan..Sebagai contoh, Yi Kyung tidak pernah menghargai kehidupanyya semenjak kematian kekasihnya. Tetapi setelah bertemu dengan Ji hyun, Ji hyun telah banyak mengajarnya agar lebih menyayangi diri sendiri dan cuba untuk menyayangi orang lain.

Lastly..amy letakkan 49 days ost..Walaupun lagu ni sedih, tapi video ni dapat beri gambaran sikit2 tentang cerita ni pada kawan2 yang masih belum tengok cerita..Credit to the owner Francisco Syah...Hope you guys enjoy.. 



Wednesday 29 May 2013

About Shiritsu Bakaleya Koukou


Salam semua…pada kali ni amy nak ceritakan pada kawan2 tentang sebuah drama jepun yang bertajuk Shiritsu Bakaleya KouKou…
Shiritsu Bakaleya Koukou


About Shiritsu Bakaleya Koukou
Cerita ni tentang sebuah sekolah tinggi Bakada yang terkenal dengan Yanki(budak bermasalah/gangster) dan sebuah sekolah tinggi Cattleya yang merupakan sebuah sekolah perempuan bagi golongan elite(kaya/terkenal) dimana pelajar2nya semuanya sangat sopan dan lembut.

Pertemuan pertama antara pelajar Sek.Tinggi Bakaleya dan Cattleya No.2


Pada satu hari, Sekolah tinggi Bakaleya dan Cattleya No.2 akan digabungkan dan masing2 membantahnya kerana latar belakang mereka yang sangat berbeza.

Walaupun begitu,akhirnya merekaakur dengan keputusan berkenaan dan belajar bersama-sama…

Pada mulanya hubungan pelajar di kedua-dua sekolah sangat tegang, tetapi lama kelamaan,kedua-dua kumpulan yang bertentangan secara perlahan-lahan memahami antara satu sama lain.

PENDAPAT AMY!!!
Pada pandangan amy, cerita n best..Pada permulaan cerita ni agakkurang menarik kerana hanya menunjukkan adegan lawan2 antara pelajar Bakaleya dengan budak2 gangster..tetapi,bila amy tengok sampai episode 3, amy rasa cerita ni makin lama makin best.. 

Cerita ni ada juga banyak menyentuh tentang masalah yang dihadapi pelajar seperti masalah persahabatan, percintaan dan sebagainya…

Selain itu barisan pelakon yang melakonkan watak ni pun dapat menyampaikan watakmasing2 dengan baik…

Friday 24 May 2013

Sinopsis GTO 2012


Sinopsis GTO 2012

GTO 2012

Salam semua…Pada kali ini amy nak kongsi dengan kawan2  tentang sebuah drama jepun yang bertajuk Great Teacher Onizuka (GTO) 2012.. Cerita ni sangat best..

Cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang merupakan pekebun iaitu Eikichi Onizuka yang dilakonkan oleh Akira. Kerjanya hanyalah mencantas pokok ditaman sekolah sebagai kerja sambilan.
CikguOnizuka & Fuyuzuki dengan pelajar2nya

Pada satu hari, seorang pelajar yang bernama Noboru Yoshikawa yang merupakan pelajar Azu Fuyuzuki ingin terjun bangunan dari bumbung sekolah. Pada ketika itu, Onizuka sedang mengintai pelajar perempuan semasa melakukan kerja pencantasan pokok, secara tidak langsung memujuknya turun.  

Yoshikawa Noboru yang dibuli oleh 3 orang wanita yang merupakan rakan sekelasnya mengambil wang Noboru sebelum kelas bermula.
Scene Noboru dibuli


Kemudian, Eikichi Onizuka bercakap dengan Yoshiko Sakurai, pemilik cafeteria sekolah. 3 pelajar berkenaan digantung sekolah dan mereka memberontak. Sehinggakan naib ketua Hiroshi Uchiyamada bersikap kasar dengan menyalahkan 3 pelajar berkenaan. Hal ini menyebabkan Onizuka marah dangan naib ketua sekolah tersebut sehingga smack down guru tersebut. Pada masa tersebut, Yoshikawa Noboru, guru Fuyuzuki dan ketua pengarah sakurai menyaksikan kejadian terbabit.
Kemudian, Onizuka mendapat peluang interview untuk menjadi salah seorang guru di sekolah berkenaan dan berjaya melepasinya.kemudian bermulalah kisah bagaimana Onizuka membentuk pelajar-pelajarnya walaupun pelbagai perkara buruk yang mendatang pada dirinya.

PENDAPAT AMY!!!
Pada pandangan amy, cerita ni sangat2 bagus..cerita ni banyak menekankan tentang masalah yang dihadapi masalah remaja..Sebagai contoh, buli, masalah keluarga, masalah kewangan, cinta dan sebagainya..

Selain itu, cerita ni juga mengajar guru2 agar tidak bias(berat sebelah) di dalam mendidik pelajar...Tak kirala sama ada pelajar tersebut berada di kelas yang tercorot ataupun pelajar yang sentiasa membuat masalah disiplin.

Selain itu, watak guru Onizuka yang telah dilakonkan oleh Akira sangat menjadi dan berkesan..kawan2 perlu tengok cerita ni..percayalah..tak kan menyesal la...hehehe

Wednesday 15 May 2013

About Ghost


Salam pada kalini amy nak citer ngan kawan2 tentang sebuah lagi drama korea yang bertajuk “Ghost”.
 

GHOST


Cerita ni bermula apabila Kim Woohyun membawa pasukan penyiasat siber dan kerja2 untuk menjatuhkan pusat perjudian melalui website...Korea Selatan, Hong Kong dan Cina sama2 bekerjasama untuk menjatuhkan mereka.

Walaubagaimanapun, semasa Kim Woo Hyun serta pasukannya membuat serbuan, data2 tersebut telah dimusnahkan oleh satu program yang ditubuhkan oleh Hades. Kemudian, Kim Woo Hyun mengikuti sebuah kes pembunuhan yang melibatkan program Hades.

Jejak Hades dapat dikesan semasa penyiasatan dijalankan.Hades adalah Park Gi Young seorang wartawan dan juga merupakan kawan baik Kim Woo Hyun.Kim Woo Hyun sangat terkejut apabila mendapati Hades merupakan teman rapatnya yang sama2 menyertai akademi polis dahulu.Berdasarkan video yang digodam oleh Hades, Kim Woo hyun menuduh Park Gi Young yang membunuh mangsa. Namun, Park Gi Young menafikannya dan mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya adalah Syin hyo Jung yang memakai jam tangan berlatarkan peta dunia. Kemudian satu tragedi berlaku mengakibatkan identity Kim Woo Hyun bertukar dengan Park gi Young. Kemudian bermulalah kisah Kim Woo Hyun menyiasat siapa pembunuh.Shin Hyo jung yang sebenar dan dalang sebalik tertukarnya identity mereka.

My Opinion
Pada pendapat amy, cerita ni boleh tahan kerana ada banyak adegan aksi yang mendebarkan. Selain itu, pelakon juga dapat membawa watak mereka dengan baik. Walaubagaimanapun,cerita ni terlalu rumit sehingga membuatkan amy lambat tangkap apa yang hendak disampaikan.