Salam semua..
Ini first time saya buat blog..kalaulah bukan disebabkan assigment, mesti
saya tak berkesempatan buat blog ni kan. Tapi peluang ni saya perlu grab juga,
sebab melalui blog inilah saya dapat mempertingkatkan penulisan saya.. So,
terima kasih pada Sir Zainol...
For first time saya nak memperkenalkan cerita yang saya PALING suka..
My favourite drama is "Iljimae". Ni drama korea. Dah 5 kali
saya tengok cerita ni.langsung tak jemu.
Sinopsis "Iljimae"
Drama korea iljimae menceritakan tentang pahlawan yang berpakaian
hitam dan bertopeng yang membela rakyat diatas tindakan zalim raja serta krooni-kroninya
yang berkuasa.
Pada zaman tersebut, raja dan
pegawai kerajaan bukan sahaja mengambil harta rakyat serta bersikap
zalim,malahan mereka akan menjadikan sebahagian rakyat jelata yang diingininya
sebagai banduan tanpa penghakiman.
Pengertian nama Iljimae:
IL- bermaksud “satu”.
JI- Bermaksud “tangkai”.
MAE- bermaksud “ bunga plum”.
Iljimae kerap melakukan aksi
rompakan di istana lalu membahagikan hasil rompakan tersebut kepada penduduk
miskin terutamanya terhadap orang yang ditindas raja serta pengikutnya. Disetiap tempat yang
Iljimae melakukan aksi rompakan, dia akan meninggalkan satu lukisan yang
berbentuk setangkai bunga plum merah yang dipanggil “mae-hwa”.
Walaupun Iljimae merupakan seorang
perompak, tetapi dia mendapat sokongan rakyat kerana tindakannya untuk kebaikan
mereka. Sebaliknya bagi raja dan bangsawan, mereka cuba untuk menangkap Iljimae
dan ingin mengetahui identitinya.
Iljimae juga dikenali sebagai Lee
Geom yang dilakonkan oleh Lee Jun KI. Lee Geom merupakan seorang anak bangsawan
yang baik hati iaitu Lee Won Ho. Lee Won Ho juga merupakan salah seorang
pengikut raja yang setia dan paling dipercayai oleh raja. Selain itu, dia juga
merupakan saudara raja. Lee Won Ho juga
merupakan salah seorang dari ahli “Cheonwoohoe”
yang merupakan satu organisasi rahsia kerajaan. Kumpulan tersebut terdiri
daripada pegawai tertinggi dan diketuai oleh rajanya sendiri.
Sebelum Lee Won Ho dibunuh, dia hidup
gembira dan bersama dengan isteri serta anak lelaki dan anak perempuannya.
Mereka hidup dengan aman di sebuah rumah tersergam indah yang dikelilingi oleh
pokok bunga plum.
Kemudian raja tidak senang dengan
kehebatan Lee Won Ho yang disayangi rakyat. Raja berkenaan berpendapat “two
suns cannot exist on the same sky” yang bermakna, dua orang raja tidak boleh
wujud di sebuah kerajaan yang sama. Kemudian raja pun membunuh lee Won Ho yang
merupakan ayah kepada Lee Geom (Iljimae).
Geom disorok ayahnya didalam peti besi |
Lee Geom menyaksikan sendiri
bagaimana ayahnya dibunuh apabila dia disorok oleh ayahnya didalam sebuah peti
simpanan yang berkunci. Kemudiannya dia diselamatkan Swe Dol yang juga
merupakan bekas pencuri. Kemudiannya dia
mengambil Geom sebagai anak angkat dan menamakannya Ryung.
Kemudiannya Geom mengalami amnesia
yang teruk sehingga kehilangan sebahagian daripada ingatannya. Hal ini mula
terjadi apabila Geom menerima tamparan yang hebat apabila dia terpaksa membaling
batu kearah ibunya sendiri bagi membuktikan bahawa dia bukan anak kepada isteri
Lee Won Ho. Hal ini juga merupakan hasrat ibunya sendiri kerana ingin
menyelamatkan Geom daripada dihukum gantung.
Selepas 13 tahun, Geom yang dikenali
sebagai Ryung mula mendapatkan ingatannya kembali. Setelah itu, dia mula
mencari kakaknya, Yeon. Walaubagaimanapun dia telah terlambat apabila proses
menyelamatkan kakaknya gagal, seterusnya terpaksa melihat sendiri bagaimana
kakaknya dihukum gantung.
Terkejut apabila melihat sendiri kakaknya dihukum gantung |
Setelah kejadian terbabit, Geom mula
berazam untuk membalas dendam akan kematian bapa dan kakaknya. Satu-satunya klu
untuk mencari pembunuh mereka adalah pedang pembunuh yang dia ingat pada 13
tahun lalu.
Semasa cuba menceroboh masuk istana |
Untuk mencari pemilik pedang
berkenaan, dia terpaksa menjadi “Iljimae” ataupun dikenali sebagai perompak
bertopeng dan kemudiannya mula memecah masuk ke rumah bangsawan.
Pada mulanya, dia hanya ingin
berjuang diatas kepentingannya sendiri, tetapi setelah dia melihat keadaan
rakyat yang semakin lama semakin ditindas, dia mula berjuang demi diri dan
rakyat. Hal ini membuatkan dia mula disayangi penduduk kampong yang ditindas
sehingga mereka menganggap Iljimae sebagai raja.
My personal opinion about "Iljimae"
Bagi saya, ni drama korea yang terbaik saya pernah tengok. Pelakon-pelakon
dalam cerita ini pun dapat membawa watak dengan baik. Tambahan lagi, cerita ini
sesuai dengan semua golongan. Cerita ini juga mempamerkan pelbagai emosi
seperti sedih, gembira, ketawa dan lain-lain lagi. Part yang paling saya suka
dalam cerita ini ialah dalam adegan penyiasatan. Lagi-lagi part apabila Iljimae memakai baju
serba hitam serta bertopeng kemudiannya dia cuba menyelinap masuk ke dalam
istana dan rumah bangsawan.
Selain itu, cerita ini sangat menyentuh perasaan bagi siapa yang
menontonnya. Saya yang dah tengok 5 kali pun boleh menangis.. Sebagai contoh,
apabila Swe Dol(ayah angkat Iljimae) sanggup menjadi “kambing hitam” dengan
menyamar sebagai Iljimae palsu dan membuatkan dirinya ditangkap pegawai istana
lalu dibunuh.
Walaubagaimanapun, setiap cerita
pasti ada cacat celanya. Bagi saya, satu-satunya kekurangan cerita ini
adalah penghujung bagi cerita ini tak jelas. Saya rasa bukan saya sahaja yang
tak rasa puas hati dengan penghujungnya. Kebanyakan peminat-peminat cerita ini
pun berpendapat demikian. Ending dia macam nak bagitahu dekat peminat yang
cerita ini masih belum tamat. Tapi saya dah tunggu 5 tahun sejak cerita ini
dimainkan, tapi tak ada pun sambungannya. Yang ada cuma cerita “ The Return Of
Iljimae”. Tapi cerita ini bukanlah sambungan bagi cerita Iljimae.
Di sini saya lampirkan sebuah video
yang saya buat. Sebenarnya dah lama saya buat video ni. Tak sangka saya boleh
gunakannya di sini. Tapi video ni sedih sikit lah.
Hope you enjoy..
salam..huhuhuhuhhu waaahhh!!! i like it..sy pown suka citer ni..bru 2 kali tengok..hihihihi memang best..ade adegan lucu, sedih, n aksi y mendebarkan..tahniah yee..after this, NARUTO!!hihihih
ReplyDeleteamy,mmg trbaiklah..aq pon da 2 kali ulang tgk wlaupon bru je tau sal drama ni..sgt mnyayat ati..
ReplyDelete