Salam semua..
Hari ni amy nak share tentang sebuah drama jepun “ATARU”.. Drama ni mempunyai 11 episod.Ianya
telah disiarkan sejak April 2012.
Sinopsis "ATARU"
Kisah ni mengenai seorang lelaki yang bernama
Ataru yang mengalami “savant syndrom” .
Ataru |
Savant syndrom merupakan satu sindrom yang
mempunyai kuasa untuk mencari dan mampu mampu menyelesaikan kes-kes yang tidak
dapat diselesaikan.
Pertemuan di antara Ataru dan Ebina Maiko
(heroin) bermula dengan sebuah kes letupan yang berlaku di sebuah kilang kimia
dan menyebabkan seorang maut. Pasukan penyiasat membuat kesimpulan bahawa
kejadian terbabit hanyalah kemalangan. Walaubagaimanapun Ebina Maiko meragui
kesimpulan tersebut. Kemudian bertemulah Ataru yang juga dikenali sebagai Chokozai semasa Ebina melakukan penyiasatan
kes tersebut.
Scene Ataru & Ebina Maiko memulakan peyiasatan |
Setelah kes tersebut dapat diselesaikan dan
terbukti bahawa kes tersebut bukanlah kemalangan, kemudiannya Ataru mula
tinggal di apartmen kosong milik keluarga Ebina Maiko sebelum berjumpa dengan
keluarganya semula. Kemudian bermulalah kisah Ataru dan Ebina Maiko yang dapat
menyelesaikan pelbagai kes misteri yang susah untuk diselesaikan oleh skuad
penyiasatan.
My opinion
Bagi amy cerita ni ada banyak moral value. Diantaranya
sifat pemaaf. Sebagai contoh dalam scene ni adalah, Ataru tidak pernah membenci
ibunya walaupun ibunya sanggup memberikannya kepada seorang scientist jepun dan
dibawa ke New York untuk dikaji dan dididik bagaimana untuk berdikari dan
langsung tidak menjenguknya. Masa amy tengok part ni,amy rasa geram2 sangat
dengan mak Ataru. Tapi lepas dia minta maaf kepada Ataru, kemarahan amy
terhadap ibu Ataru berkurang. Pada pendapat amy,walaupun kita mempunyai ahli keluarga
yang bukan normal, kita tak perlu malu dan buang orang tersebut. Kadang-kadang
orang yang kita buang ni la kelak banyak membantu kita.
No comments:
Post a Comment