Salam semua..
Post kali ni amy nak share satu lagi cerita korea "School 2013".
Hope you enjoy.. :-)
Cerita ini
mengisahkan tentang dua orang guru kelas iaitu Jung In-jae dan kang Se-chan di
sekolah tinggi Seungri didalam mendidik pelajar-pelajarnya. Cerita ini banyak
menyentuh tentang masalah yang dihadapi pelajar pada masa kini.
Sebagai contoh:
Buli
Scene Go Nam Soon dibelasah geng Oh Ji Ho |
Bunuh diri
Scene Kim Min Ki cuba untuk bunuh diri akibat tekanan dari keluarga |
Vandalisma
Scene cermin tingkap dipecahkan semasa lawatan ibu bapa dijalankan |
Hubungan antara pelajar dan guru yang semakin teruk
Scene Jung In Jae(guru kelas 2-2) menampar Oh Ji Ho kerana bersikap kurang ajar apabila bercakap dengan guru |
Pada mulanya, homeroom teacher bagi kelas 2-2 cuma seorang iaitu Jung In-jae. Namun apabila diwar-warkan sekolah tinggi Seungri mendapat rangking tercorot iaitu ditangga ke-178 di Seoul berdasarkan skor akademik, pengetua di sekolah tinggi tersebut membuat keputusan untuk mengupah Kang Se-chan. Dia merupakan bekas seorang guru yang pernah mengajar di sebuah institusi yang terkenal di Gangnam.
Kemudian
bermulalah sebuah kisah dimana dua homeroom teacher yang tidak sependapat
menghadapi pelbagai cabaran untuk menangani masalah pelajar mereka yang ingin mencapai impian masing2.
Info School 2013
Cerita ni
merupakan season yang ke-5 bagi school series, yang mana ditayangkan sejak
tahun 1999 sehingga tahun 2002. Sudah 10 tahun berlalu sejak kali terakhir
school series diterbitkan. Cerita ini ditayangkan di saluran Korean
Broadcasting System (KBS2).
My personal thought School 2013
Drama ini sangat
bagus untuk ditonton terutamanya kepada pelajar. Cerita ini banyak mempamerkan
permasaalahan yang dihadapi pelajar pada masa kini. Sebagai contoh kes buli,
bunuh diri dan sebagainya.
Bagi saya, scene
yang paling menyentuh perasaan ketika mana Jung In-jae(guru kelas 2-2) memukul
anak muridnya dengan telapak tangannya sendiri sehingga merah akibat daripada
pembocoran kertas soalan yang hanya berlaku di kelas tersebut, sedangkan ianya
sulit.
Selain itu, drama
ini juga mempamerkan sikap seorang guru yang tak kenal erti lelah didalam
mendidik anak muridnya serta sentiasa berada disamping pelajar tatkala susah
ataupun senang.
Tambahan lagi,
cerita ni sesuai dengan semua golongan dan cerita ini juga tidak diselitkan
kisah percintaan.Bagi sesiapa yang sukakan kisah percintaan mungkin anda rasa
cerita ni tak best.. Tapi percayalah..anda akan fikir sebaliknya lepas menonton
cerita ni..
Disini saya sertakan sebuah video lagu "Welcome To The School" semasa "School 2013 special" dilancarkan. Video ni saya ambil di youtube. Credit to the owner MiaGranger1992.
No comments:
Post a Comment