Hari ni amy nak share tentang sebuah drama jepun “ATARU”.. Drama ni mempunyai 11 episod.Ianya
telah disiarkan sejak April 2012.
Sinopsis "ATARU"
Kisah ni mengenai seorang lelaki yang bernama
Ataru yang mengalami “savant syndrom” .
Ataru
Savant syndrom merupakan satu sindrom yang
mempunyai kuasa untuk mencari dan mampu mampu menyelesaikan kes-kes yang tidak
dapat diselesaikan.
Pertemuan di antara Ataru dan Ebina Maiko
(heroin) bermula dengan sebuah kes letupan yang berlaku di sebuah kilang kimia
dan menyebabkan seorang maut. Pasukan penyiasat membuat kesimpulan bahawa
kejadian terbabit hanyalah kemalangan. Walaubagaimanapun Ebina Maiko meragui
kesimpulan tersebut. Kemudian bertemulah Ataru yang juga dikenali sebagai Chokozai semasa Ebina melakukan penyiasatan
kes tersebut.
Scene Ataru & Ebina Maiko
memulakan peyiasatan
Setelah kes tersebut dapat diselesaikan dan
terbukti bahawa kes tersebut bukanlah kemalangan, kemudiannya Ataru mula
tinggal di apartmen kosong milik keluarga Ebina Maiko sebelum berjumpa dengan
keluarganya semula. Kemudian bermulalah kisah Ataru dan Ebina Maiko yang dapat
menyelesaikan pelbagai kes misteri yang susah untuk diselesaikan oleh skuad
penyiasatan.
My opinion
Bagi amy cerita ni ada banyak moral value. Diantaranya
sifat pemaaf. Sebagai contoh dalam scene ni adalah, Ataru tidak pernah membenci
ibunya walaupun ibunya sanggup memberikannya kepada seorang scientist jepun dan
dibawa ke New York untuk dikaji dan dididik bagaimana untuk berdikari dan
langsung tidak menjenguknya. Masa amy tengok part ni,amy rasa geram2 sangat
dengan mak Ataru. Tapi lepas dia minta maaf kepada Ataru, kemarahan amy
terhadap ibu Ataru berkurang. Pada pendapat amy,walaupun kita mempunyai ahli keluarga
yang bukan normal, kita tak perlu malu dan buang orang tersebut. Kadang-kadang
orang yang kita buang ni la kelak banyak membantu kita.
Salam semua.. this time amy nak cerita tentang sebuah movie Naruto Shippuden yang ke-5 iaitu "Blood Prison". Kalu sebelumni amy kata Iljimae adalah cerita korea yang paling amy suka, sekarang amy nak share anime yang amy paling suka iaitu Naruto. Amy suka sangat collect cerita ni..DariNaruto hinggalah Naruto Shippuden..Movie pun tak ketinggalan jugak.. Cerita ni salah satu movie Naruto... Cerita ni bagi banyak pengajaran kat kita..Antaranya, jangan mudah putus asa, setia pada negara, berkorban demi saudara dan kawan serta banyak lagi..
Sebelum mengetahui jalan cerita ni.. amy nak tunjukkan trailer bagi cerita ni dulu.. supaya hampa semua dapat gambaran cikit2.. ni amy amik kat youtube.. Credit to the owner ShippuudenBleach101. Hope you all enjoy.
Kisah ini bermula apabila A iaitu Raikage ke-3
diserang lelaki yang ditutup mukanya dengan gas tidur semasa A sedang
berbincang dengan Omoi, Kurui, Samui dan Mabui tentang sebuah kotak "Box of Ultimate Bliss". Walaubagaimanapun A dapat mengelak semua
serangan daripada lelaki tersebut, malahan dia dapat menyelak kain yang
menutupi muka lelaki tersebut dan terkejut apabila mendapati lelaki tersebut
adalah Uzumaki Naruto. Selepas Samui dan Mabui sedarkan diri daripada gas, A
mengarahkan mereka untuk memanggil Killer B (adik A).
Scene Raikage ke-3 diserang
Tsunade(ketua kampung Konoha) mengarahkan
untuk menangkap Uzumaki Naruto kerana di dituduh diatas cubaan membunuh
pemimpin Kumogakure iaitu Raikage (A). Walaupun Naruto menafikannya, Tsunade
telah mengarahkan Naruto dipenjarakan di Hozukijo yang juga dikenali sebagai
“Blood Prison”.Walaupun Naruto cuba untuk melarikan diri, namun
dipatahkan apabila Yamato( salah seorang guru Naruto) dan Tsunade
mengahalangnya.
Apabila Naruto tiba di penjara Hozukijo,Mui(ketua penjara) meletakkan Fire Release(mantera untuk mengkedap cakra/kuasa) pada Naruto.
Scene Mui meletakkan Fire Release pada Naruto
Walaupun Naruto cuba untuk menggunakan shadow
clone/ klon bayangan dia tak dapat mematerai mantera tersebut.Kemudian
Maroi yang merupakan salah seorang daripada pekerja Mui cuba membawa naruto ke
makmal.
Scene Naruto dibawa ke makmal untuk menyedut cakra Naruto
Walaubagaimanapun ianya bukanlah Naruto yang
sebenar tetapi hanyalah klon semata-mata. Naruto menggunakan saki baki cakranya
untuk membuat klon sebelum ditahan Maroi. Dia menggunakan peluang tersebut
untuk melarikan diri. Walaubagaimanapun usaha tersebut gagal kerana Naruto
pengsan akibat kesakitan disebabkan mantera yang diletakkan Mui padanya.
Kemudiannya dia dibawa ke bilik kurungan. Semasa dia dikurung, ada satu suara
misteri berkata pada naruto iaitu jika dia berjaya mengalahkan Mui, maka
mantera tersebut akan hilang. Setelah Naruto dilepaskan daripada bilik kurungan
gelap, dia terus cuba menyerang Mui. Tetapi sekali lagi mantera mui menyebabkan Naruto kalah. Seterusnya sekali lagi dia dibawa kebilik kurungan gelap. Semasa
didalam kurungan, naruto secara terus-berterusan dipersoalkan tentang kesetiaannya
pada kampung Konoha(negara Naruto).
Apabila Naruto dilepaskan sekali lagi, dia
membuat cubaan yang kedua untuk melepaskan diri dari penjaraHozukijo dengan menyamar
menjadi pengawal penjara terbabit. Ryuzetsu(salah seorang tahanan dipenjara
Hozukijo) cuba menghalang Naruto daripada melarikan diri, namun tidak
diendahkan.
Scene Naruto cuba melarikan diri dari Penjara Hozukijo
Kemudian, dia terus melompat ke dalam pusaran
air. Namun, disebabkan ketiadaan cakra membuatkan Naruto tak ada tenaga dan
menyebabkan dia lemas. Walaubagaimanapun dia diselamatkan Ryuzetsu. Semasa Ryuzetsu
ingin mengeringkan rambutnya, Naruto terkejut apabila mendapati Ryuzetsu adalah
seorang perempuan kerana dia menganggap Ryuzetsu adalah seorang lelaki berikutan
dengan penampilannya seperti lelaki.
Setelah itu, Ryuzetsu menceritakan kepada
Naruto misinya masuk ke penjara tersebut adalah untuk membunuh Mui dan
menghentikan "Box of Ultimate Bliss" daripada terbuka.
Ryuzetsu juga memberitahu Naruto bagaimana Mui sanggup mengorbankan anaknya
pada kotak tersebut demi kepentingannya.Ryuzetsu juga meminta bantuan daripada Naruto
untuk memusnahkan kotak tersebut. Naruto bersetuju dengan tawaran berkenaan.
Seterusnya,Naruto dan Ryuzetsu memulakan rancangan mereka untuk menghentikan
box tersebut.
Pada mulanya Naruto berpura-pura bergaduh
dengan Ryuzetsu untuk menimbulkan huru-hara di penjara tersebut.
Walaubagaimanapun Mui dapat menyerap cakra yang ada pada Naruto yang membolehkan
dia untuk membuka kotak “Box of Ultimate Bliss”.
Scene Naruto dibawa ke makmal untuk mengeluarkan cakranya
Kemudiannya mui mendedahkan bahawa dia Cuma
ingin membuka kotak yang menelan anaknya(Muku) sekali lagi demi menyelamatkan
anaknya. Dia sangat menyesali diatas semua perbuatannya yang sanggup
mengorbankan anaknya demi kepentingannya.Selepas kotak tersebut terbuka, hasrat
Mui menghidupkan kembali anaknya menjadi nyata.Walaubagaimanapun, Muku bukan lagi seperti
dahulu. Dia bertukar menjadi Satori yang sanggup menikam ayahnya sendiri demi
membalas dendam dan cuba menghapuskan semua orang yang berada di penjara
berkenaan.
Demi menghalang Satori, Naruto terpaksa
berlawan dengannya.
Tatkala mana Naruto hampir dikalahkan kerana
kehabisan senjutsu(kuasa), Naruto telah diselamatkan Killer B dan rakan2nya.
Naruto mula tertanya-tanya kenapa kawan2nya berada dipenjara tersebut. Segala persoalan
tersebut dijawab oleh Tsunade, Naruto dihantar ke penjara Hozukijo adalah merupakan sebuah misi yang mana untuk menghapuskan “Box of
Ultimate Bliss” dan mereka semua langsung tak pernah meragui kesetiaan Naruto
pada kampung Konoha dan sanggup melakukan jenayah tersebut.Naruto cuba menamatkan peperangan tersebut
dengan membuat Rasengan yang besar.
Tetapi belum sempat Naruto membuat serangan,
Satori menikam Naruto dan Ryuzetsu. Walaubagaimanapun, Mui bangkit dan
mengorbankan dirinya demi menyelamatkan mereka semua. Selepas kematian
Mui(ketua penjara) menyebabkan penjara tersebut menjadi kucar-kacir dan mahu
memboloskan diri daripada penjara tersebut. Namun dihalang oleh kawan2 Naruto.
Walaubagaimanapun, hasil tikaman daripada Satori keatas Naruto menyebabkan dia dalam keadaan kritikal. Sakura dan kawan2 yang lain berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya
namun gagal sehinggalah Ryuzetsu menggunakan kekkei genkai(mantera terlarang)
untuk menghidupkan Naruto. Tetapi sebagai pertukaran, dia terpaksa
melepaskan hidupnya. Setelah Naruto
sedar kembali,dia terkejut apabila Ryuzetsu sanggup berbuat demikian. Akhirnya,
Naruto mengebumikan Ryuzetsu bersebelahan dengan Mui.
Tamat... ni amy sediakan lagu citer n.. see u guys later...