Thursday 11 April 2013

Sinopsis Naruto Shippuden Movie 5 “Blood Prison”



Salam semua.. this time amy nak cerita tentang sebuah movie Naruto  Shippuden yang ke-5 iaitu "Blood Prison". Kalu sebelumni amy kata Iljimae adalah cerita korea yang paling amy suka, sekarang amy nak share anime yang amy paling suka iaitu Naruto. Amy suka sangat collect cerita ni..DariNaruto hinggalah Naruto Shippuden..Movie pun tak ketinggalan jugak.. Cerita ni salah satu movie Naruto... Cerita ni bagi banyak pengajaran kat kita..Antaranya, jangan mudah putus asa, setia pada negara, berkorban demi saudara dan kawan serta banyak lagi.. 


Sebelum mengetahui jalan cerita ni.. amy nak tunjukkan trailer bagi cerita ni dulu.. supaya hampa semua dapat gambaran cikit2.. ni amy amik kat youtube.. Credit to the owner ShippuudenBleach101. Hope you all enjoy.

Kisah ini bermula apabila A iaitu Raikage ke-3 diserang lelaki yang ditutup mukanya dengan gas tidur semasa A sedang berbincang dengan Omoi, Kurui, Samui dan Mabui tentang sebuah kotak "Box of Ultimate Bliss". Walaubagaimanapun A dapat mengelak semua serangan daripada lelaki tersebut, malahan dia dapat menyelak kain yang menutupi muka lelaki tersebut dan terkejut apabila mendapati lelaki tersebut adalah Uzumaki Naruto. Selepas Samui dan Mabui sedarkan diri daripada gas, A mengarahkan mereka untuk memanggil Killer B (adik A).
Scene Raikage ke-3 diserang

Tsunade(ketua kampung Konoha) mengarahkan untuk menangkap Uzumaki Naruto kerana di dituduh diatas cubaan membunuh pemimpin Kumogakure iaitu Raikage (A). Walaupun Naruto menafikannya, Tsunade telah mengarahkan Naruto dipenjarakan di Hozukijo yang juga dikenali sebagai “Blood Prison”.Walaupun Naruto cuba untuk melarikan diri, namun dipatahkan apabila Yamato( salah seorang guru Naruto) dan Tsunade mengahalangnya.


Apabila Naruto tiba di penjara Hozukijo,Mui(ketua penjara) meletakkan Fire Release(mantera untuk mengkedap cakra/kuasa) pada Naruto.


 Scene Mui meletakkan Fire Release pada Naruto

Walaupun Naruto cuba untuk menggunakan shadow clone/ klon bayangan dia tak dapat mematerai mantera tersebut.Kemudian Maroi yang merupakan salah seorang daripada pekerja Mui cuba membawa naruto ke makmal. 
Scene Naruto dibawa ke makmal untuk menyedut cakra Naruto
Walaubagaimanapun ianya bukanlah Naruto yang sebenar tetapi hanyalah klon semata-mata. Naruto menggunakan saki baki cakranya untuk membuat klon sebelum ditahan Maroi. Dia menggunakan peluang tersebut untuk melarikan diri. Walaubagaimanapun usaha tersebut gagal kerana Naruto pengsan akibat kesakitan disebabkan mantera yang diletakkan Mui padanya. Kemudiannya dia dibawa ke bilik kurungan. Semasa dia dikurung, ada satu suara misteri berkata pada naruto iaitu jika dia berjaya mengalahkan Mui, maka mantera tersebut akan hilang. Setelah Naruto dilepaskan daripada bilik kurungan gelap, dia terus cuba menyerang Mui. Tetapi sekali lagi mantera mui menyebabkan Naruto kalah. Seterusnya sekali lagi dia dibawa kebilik kurungan gelap. Semasa didalam kurungan, naruto secara terus-berterusan dipersoalkan tentang kesetiaannya pada kampung Konoha(negara Naruto). 

Apabila Naruto dilepaskan sekali lagi, dia membuat cubaan yang kedua untuk melepaskan diri dari penjara Hozukijo dengan menyamar menjadi pengawal penjara terbabit. Ryuzetsu(salah seorang tahanan dipenjara Hozukijo) cuba menghalang Naruto daripada melarikan diri, namun tidak diendahkan.
Scene Naruto cuba melarikan diri dari Penjara Hozukijo



Kemudian, dia terus melompat ke dalam pusaran air. Namun, disebabkan ketiadaan cakra membuatkan Naruto tak ada tenaga dan menyebabkan dia lemas. Walaubagaimanapun dia diselamatkan Ryuzetsu. Semasa Ryuzetsu ingin mengeringkan rambutnya, Naruto terkejut apabila mendapati Ryuzetsu adalah seorang perempuan kerana dia menganggap Ryuzetsu adalah seorang lelaki berikutan dengan penampilannya seperti lelaki.


Setelah itu, Ryuzetsu menceritakan kepada Naruto misinya masuk ke penjara tersebut adalah untuk membunuh Mui dan menghentikan "Box of Ultimate Bliss" daripada terbuka. Ryuzetsu juga memberitahu Naruto bagaimana Mui sanggup mengorbankan anaknya pada kotak tersebut demi kepentingannya.Ryuzetsu juga meminta bantuan daripada Naruto untuk memusnahkan kotak tersebut. Naruto bersetuju dengan tawaran berkenaan. Seterusnya,Naruto dan Ryuzetsu memulakan rancangan mereka untuk menghentikan box tersebut.


Pada mulanya Naruto berpura-pura bergaduh dengan Ryuzetsu untuk menimbulkan huru-hara di penjara tersebut. Walaubagaimanapun Mui dapat menyerap cakra yang ada pada Naruto yang membolehkan dia untuk membuka kotak “Box of Ultimate Bliss”. 
Scene Naruto dibawa ke makmal untuk mengeluarkan cakranya

Kemudiannya mui mendedahkan bahawa dia Cuma ingin membuka kotak yang menelan anaknya(Muku) sekali lagi demi menyelamatkan anaknya. Dia sangat menyesali diatas semua perbuatannya yang sanggup mengorbankan anaknya demi kepentingannya.Selepas kotak tersebut terbuka, hasrat Mui menghidupkan kembali anaknya menjadi nyata.Walaubagaimanapun, Muku bukan lagi seperti dahulu. Dia bertukar menjadi Satori yang sanggup menikam ayahnya sendiri demi membalas dendam dan cuba menghapuskan semua orang yang berada di penjara berkenaan. 


Demi menghalang Satori, Naruto terpaksa berlawan dengannya. 

Tatkala mana Naruto hampir dikalahkan kerana kehabisan senjutsu(kuasa), Naruto telah diselamatkan Killer B dan rakan2nya. Naruto mula tertanya-tanya kenapa kawan2nya berada dipenjara tersebut. Segala persoalan tersebut dijawab oleh Tsunade, Naruto dihantar ke penjara Hozukijo adalah merupakan sebuah misi yang mana untuk menghapuskan “Box of Ultimate Bliss” dan mereka semua langsung tak pernah meragui kesetiaan Naruto pada kampung Konoha dan sanggup melakukan jenayah tersebut.Naruto cuba menamatkan peperangan tersebut dengan membuat Rasengan yang besar. 

Tetapi belum sempat Naruto membuat serangan, Satori menikam Naruto dan Ryuzetsu. Walaubagaimanapun, Mui bangkit dan mengorbankan dirinya demi menyelamatkan mereka semua. Selepas kematian Mui(ketua penjara) menyebabkan penjara tersebut menjadi kucar-kacir dan mahu memboloskan diri daripada penjara tersebut. Namun dihalang oleh kawan2 Naruto. Walaubagaimanapun, hasil tikaman daripada Satori keatas Naruto menyebabkan dia dalam keadaan kritikal. Sakura dan kawan2 yang lain berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya namun gagal sehinggalah Ryuzetsu menggunakan kekkei genkai(mantera terlarang) untuk menghidupkan Naruto. Tetapi sebagai pertukaran, dia terpaksa melepaskan  hidupnya. Setelah Naruto sedar kembali,dia terkejut apabila Ryuzetsu sanggup berbuat demikian. Akhirnya, Naruto mengebumikan Ryuzetsu bersebelahan dengan Mui.

Tamat... ni amy sediakan lagu citer n.. see u guys later...







No comments:

Post a Comment