Sunday 12 May 2013

About I Do I Do



Salam semua...Post yang kali ni amy nak share tentang sebuah drama korea yang bertajuk “I Do, I Do”.


Cerita ni mengisahkan tentang seorang wanita, Ji An yang merupakan pereka kasut yang terkenal di sebuah syarikat kasut. Wanita tersebut digelar sebagai “Gold Miss”.Dia dipanggil dengan gelaran tersebut kerana dia sudah dalam pertengahan 30-an, tunggal serta kukuh dari segi kewangan.

Kim Sun Ah as Ji An

Walaubagaimanapun, dia telah melakukan satu kesilapan kerana hamil anak luar nikah akibat daripada mabuk lalu tertidur dengan seorang penjaja kasut tiruan iaitu Tae Gang.
Ji An merupakan designer kasut yang berjaya dan merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat high-end shoe. Walaupunbegitu, Ji An yang sudah lewat 30-an masih belum berminat dalam perkahwinan. Perkara yang hanya Ji An ambil berat adalah kasut serta syarikatnya itu.



Sementara itu, Tae Gang seorang lelaki yang suka berangan bahawa dia akan menjadi seorang yang kaya.

Lee Jang Woo as Tae Gang
Kisah mereka bermula apabila, semasa Ji An ingin menghadiri majlis hari jadi ayahnya yang ke-70, dia mendapat panggilan bahawasanya pertunjukan kasutnya mempunyai masalah lalu Ji An meninggalkan majlis hari jadi ayahnya dan terus bergegas ke pertunjukan tersebut. Semasa dalam kelam kabut tersebut Ji An berlanggar dengan Tae Gang yang sedang menunggang motorsikal pada ketika itu. Walaupun pada mulanya mereka bergaduh, tapi kemudiannya Ji An meminta Tae Gang untuk menghantarnya ke tempat pertunjukan ituberlangsung. Seperti biasa, Ji An mampu menyelesaikan masalah tersebut. Selepas selesai pertunjukan tersebut, Tae Gang membawaJi An kembali ke parti hari jadi ayahnya. Walaubagaimanapun, ibu bapa Ji An telah pun pulang ke rumah mereka. Kemudiannya, Tae Gang membawa Ji An ke stesen kereta api Seoul untuk mengejar ibu bapanya.Walaupun sempat mengejar mereka, namun,  Ji An dan bapanya bergaduh. Selepas ibu bapa Ji An meninggalkannya, JiAn menangis dibangku.
Pada mulanya, Tae Gang Cuma mahu menuntut kerosakan motorsikalnya sahaja, tetapi akhirnya akhirnya cerita yang mereka kongsikan ada banyak persamaannya.. Kemudian, bermulalah kisah mereka…
Scene Tae Gang cuba menyenangkan hati Ji An daripada menangis tetapi tidak berjaya


Pendapat Amy

Pada pandangan amy cerita ni boleh tahan bestnya.. Cerita ni banyak menyentuh bagaimana seorang wanita untuk menghadapi pelbagai tekanan daripada banyak pihak hanya kerana dia hamil anak luar nikah..
Tambahan lagi, cerita ni menunjukkan bagaimana seorang wanita yang mampu untuk terus berjaya walaupun sedang menghadapi cabaran yang hebat sama ada dalam kalangan masyarakat,ibu bapa serta teman.
Moral value bagi cerita ini sangat banyak. Amy rasa, wanita yang sedang menghadapi masalah yang sama, boleh mengambil iktibar daripada cerita ini.



No comments:

Post a Comment