Thursday 30 May 2013

49 Days


Salam semua..
49 Days

Pada kali ni amy nak ceritakan pada kawan2 tentang sebuah lagi drama korea iaitu 49 days.Ianya mula disiarkan pada 19 May 2011 dan mengandungi 20 episode.
Sebelum amy cerita lebih mendalam,amy nak show trailer dulu...Credit to the owner 49DaysKdrama  ...Hope you enjoy.. 



 Cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis yang naïf serta ceria iaitu Shin Ji Hyun yang juga memiliki sebuah kehidupan yang sempurna iaitu, anak tunggal daripada keluarga yang berada, memilki ibu bapa yang penyayang serta memiliki kawan yang ramai.

Shin Ji Hyun juga bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang kacak serta bekerjaya iaitu Kang Min Ho dalam beberapa minggu sahaja lagi.
Scene Ji Hyun dilamar Kang Min Ho


Sementara itu, Song Yi Kyung merupakan seorang gadis yang miskin dan tiada semangat untuk meneruskan kehidupan berikutandengan kematian teman lelakinya yang tragis.

Song Yi Kyung bekerja sebagai seorang pekerja sambilan di sebuah kedai serbaguna dan mempunyai kebiasaan untuk tidur pada sebelah petang. Dia sering ciba untuk membunuh diri namun gagal.

Pada satu hari, Yi Kyung cuba untuk membunuh diri dengan berjalan kearah lalu lintas. Walaubagaimanapun, Hang Kang(kawan Ji Hun) yang kebetulan lalu di situ sempat menyelamatkannya.

Scene Hang kang menyelamatkan Yi Kyung


Walaubagaimanapun, kenderaan yang hamper melanggar Yi Kyung berada diluar kawalan lalu menyebabkan kenderaan lain yang berada di laluan yang sama tidak tentu arah sehingga menyebabkan Ji Hyun yang sedang memandu ketika itu, tidak sempat menekan brek dan berlanggar dengan trak. 
Scene Ji Hyun tidak sedarkan diri setelah dilanggar


Setelah beberapa lama kemudian,Ji Hyun mula sedarkan dirinya. Tetapi, dia sangat terkejut apabila mendapati bahawa dia tidak boleh menyentuh orang lain. Kemudian, dia melihat badannya(jasadnya) diangkat masuk ke dalam ambulans.
Scene Ji Hyun terkejut apabila tak boleh menyentuh orang lain


Seorang lelaki bermotorsikal yang dikenali sebagai “scheduler” yang mampu melihat roh JiHyun menerangkan hal yang sebenar kepada Ji Hyun bahawa JiJyun kini didalam bentuk roh. Tatapi Ji Hyun masih belum mati tetapi berada didalamkeadaan koma..Dia diberikan peluang ke-2 untuk terus hidup dengan satu syarat iaitu dalam masa 49 hari Ji Hyun perlu mencari tiga orang yang tidak mempunyai hubungan dara dengannya dengan mengalirkan air mata suci(betul2 ihkhlas menangis deminya).




Demi untuk hidup kembali, Shin Ji Hyun terpaksa merasuk badan Yi Kyung dan bermulalah kisah kehidupannya yang telah banyak membuka mata Ji Hyun tentang hakikat dunia yang sebenar.

Scene Ji Hyun merasuk badan Ji Hyun


Pendapat Amy!!!

Bagi amy cerita ni lain daripada yang lain..Walaupun cerita ni masih belum menandingi drama Iljimae, tetapi still banyakmoral value nya.Drama ni boleh mengajar kita agar jangan begitu mudah untuk mempercayai orang lain..Sebagai contoh, Ji Hyun begitu percaya kepada tunangnya(Kang Min Ho) dan kawan baiknya. Tetapi hakikatnya, mereka ada muslihat dengan mendekati untuk mengaut semua harta JiHyun..Malahan mereka juga ada hubungan sulit dibelakang Ji Hyun.

Selain itu,cerita ni tidak meninggalkan tanda tanya pada amy..bahkan,cerita ni juga mengajar agar kita perlu bersikapmatang dan jangan terlalu bergantung pada orang lain.

Pelbagai pengalaman yang dialami oleh Ji Hyun sehingga membuatkan dia sedar siapa kawannya yang sebenar dan siapa yang hanya mempergunakannya hanya disebabkan dia seorang yang kaya.

Cerita ni juga mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan..Sebagai contoh, Yi Kyung tidak pernah menghargai kehidupanyya semenjak kematian kekasihnya. Tetapi setelah bertemu dengan Ji hyun, Ji hyun telah banyak mengajarnya agar lebih menyayangi diri sendiri dan cuba untuk menyayangi orang lain.

Lastly..amy letakkan 49 days ost..Walaupun lagu ni sedih, tapi video ni dapat beri gambaran sikit2 tentang cerita ni pada kawan2 yang masih belum tengok cerita..Credit to the owner Francisco Syah...Hope you guys enjoy.. 



1 comment:

  1. amy...hehe...bkan ke yg doktor tu selamatkan yi kyung...bkan han kang lah...hehe...

    ReplyDelete