Wednesday 15 May 2013

About Ghost


Salam pada kalini amy nak citer ngan kawan2 tentang sebuah lagi drama korea yang bertajuk “Ghost”.
 

GHOST


Cerita ni bermula apabila Kim Woohyun membawa pasukan penyiasat siber dan kerja2 untuk menjatuhkan pusat perjudian melalui website...Korea Selatan, Hong Kong dan Cina sama2 bekerjasama untuk menjatuhkan mereka.

Walaubagaimanapun, semasa Kim Woo Hyun serta pasukannya membuat serbuan, data2 tersebut telah dimusnahkan oleh satu program yang ditubuhkan oleh Hades. Kemudian, Kim Woo Hyun mengikuti sebuah kes pembunuhan yang melibatkan program Hades.

Jejak Hades dapat dikesan semasa penyiasatan dijalankan.Hades adalah Park Gi Young seorang wartawan dan juga merupakan kawan baik Kim Woo Hyun.Kim Woo Hyun sangat terkejut apabila mendapati Hades merupakan teman rapatnya yang sama2 menyertai akademi polis dahulu.Berdasarkan video yang digodam oleh Hades, Kim Woo hyun menuduh Park Gi Young yang membunuh mangsa. Namun, Park Gi Young menafikannya dan mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya adalah Syin hyo Jung yang memakai jam tangan berlatarkan peta dunia. Kemudian satu tragedi berlaku mengakibatkan identity Kim Woo Hyun bertukar dengan Park gi Young. Kemudian bermulalah kisah Kim Woo Hyun menyiasat siapa pembunuh.Shin Hyo jung yang sebenar dan dalang sebalik tertukarnya identity mereka.

My Opinion
Pada pendapat amy, cerita ni boleh tahan kerana ada banyak adegan aksi yang mendebarkan. Selain itu, pelakon juga dapat membawa watak mereka dengan baik. Walaubagaimanapun,cerita ni terlalu rumit sehingga membuatkan amy lambat tangkap apa yang hendak disampaikan.





No comments:

Post a Comment