Wednesday 24 April 2013

About Ataru


Salam semua..
Hari ni amy nak share tentang sebuah drama jepun  “ATARU”.. Drama ni mempunyai 11 episod.Ianya telah disiarkan sejak April 2012.

Sinopsis "ATARU"


Kisah ni mengenai seorang lelaki yang bernama Ataru yang mengalami  “savant syndrom” .
Ataru

Savant syndrom merupakan satu sindrom yang mempunyai kuasa untuk mencari dan mampu mampu menyelesaikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan.

Pertemuan di antara Ataru dan Ebina Maiko (heroin) bermula dengan sebuah kes letupan yang berlaku di sebuah kilang kimia dan menyebabkan seorang maut. Pasukan penyiasat membuat kesimpulan bahawa kejadian terbabit hanyalah kemalangan. Walaubagaimanapun Ebina Maiko meragui kesimpulan tersebut. Kemudian bertemulah Ataru yang juga dikenali sebagai  Chokozai semasa Ebina melakukan penyiasatan kes tersebut.
Scene Ataru & Ebina Maiko memulakan peyiasatan



Setelah kes tersebut dapat diselesaikan dan terbukti bahawa kes tersebut bukanlah kemalangan, kemudiannya Ataru mula tinggal di apartmen kosong milik keluarga Ebina Maiko sebelum berjumpa dengan keluarganya semula. Kemudian bermulalah kisah Ataru dan Ebina Maiko yang dapat menyelesaikan pelbagai kes misteri yang susah untuk diselesaikan oleh skuad penyiasatan.


My opinion

 

Bagi amy cerita ni ada banyak moral value. Diantaranya sifat pemaaf. Sebagai contoh dalam scene ni adalah, Ataru tidak pernah membenci ibunya walaupun ibunya sanggup memberikannya kepada seorang scientist jepun dan dibawa ke New York untuk dikaji dan dididik bagaimana untuk berdikari dan langsung tidak menjenguknya. Masa amy tengok part ni,amy rasa geram2 sangat dengan mak Ataru. Tapi lepas dia minta maaf kepada Ataru, kemarahan amy terhadap ibu Ataru berkurang. Pada pendapat amy,walaupun kita mempunyai ahli keluarga yang bukan normal, kita tak perlu malu dan buang orang tersebut. Kadang-kadang orang yang kita buang ni la kelak banyak membantu kita.

No comments:

Post a Comment