Friday 24 May 2013

Sinopsis GTO 2012


Sinopsis GTO 2012

GTO 2012

Salam semua…Pada kali ini amy nak kongsi dengan kawan2  tentang sebuah drama jepun yang bertajuk Great Teacher Onizuka (GTO) 2012.. Cerita ni sangat best..

Cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang merupakan pekebun iaitu Eikichi Onizuka yang dilakonkan oleh Akira. Kerjanya hanyalah mencantas pokok ditaman sekolah sebagai kerja sambilan.
CikguOnizuka & Fuyuzuki dengan pelajar2nya

Pada satu hari, seorang pelajar yang bernama Noboru Yoshikawa yang merupakan pelajar Azu Fuyuzuki ingin terjun bangunan dari bumbung sekolah. Pada ketika itu, Onizuka sedang mengintai pelajar perempuan semasa melakukan kerja pencantasan pokok, secara tidak langsung memujuknya turun.  

Yoshikawa Noboru yang dibuli oleh 3 orang wanita yang merupakan rakan sekelasnya mengambil wang Noboru sebelum kelas bermula.
Scene Noboru dibuli


Kemudian, Eikichi Onizuka bercakap dengan Yoshiko Sakurai, pemilik cafeteria sekolah. 3 pelajar berkenaan digantung sekolah dan mereka memberontak. Sehinggakan naib ketua Hiroshi Uchiyamada bersikap kasar dengan menyalahkan 3 pelajar berkenaan. Hal ini menyebabkan Onizuka marah dangan naib ketua sekolah tersebut sehingga smack down guru tersebut. Pada masa tersebut, Yoshikawa Noboru, guru Fuyuzuki dan ketua pengarah sakurai menyaksikan kejadian terbabit.
Kemudian, Onizuka mendapat peluang interview untuk menjadi salah seorang guru di sekolah berkenaan dan berjaya melepasinya.kemudian bermulalah kisah bagaimana Onizuka membentuk pelajar-pelajarnya walaupun pelbagai perkara buruk yang mendatang pada dirinya.

PENDAPAT AMY!!!
Pada pandangan amy, cerita ni sangat2 bagus..cerita ni banyak menekankan tentang masalah yang dihadapi masalah remaja..Sebagai contoh, buli, masalah keluarga, masalah kewangan, cinta dan sebagainya..

Selain itu, cerita ni juga mengajar guru2 agar tidak bias(berat sebelah) di dalam mendidik pelajar...Tak kirala sama ada pelajar tersebut berada di kelas yang tercorot ataupun pelajar yang sentiasa membuat masalah disiplin.

Selain itu, watak guru Onizuka yang telah dilakonkan oleh Akira sangat menjadi dan berkesan..kawan2 perlu tengok cerita ni..percayalah..tak kan menyesal la...hehehe

No comments:

Post a Comment